Wahai kawan bijak bestari,
Mari kita sedari diri,
Terapi dengan nilai murni,
Perbuatan keji kita jauhi.
Tutur kata perlu dijaga,
Sopan-santun setiap masa,
Usah diucap perkataan cela,
Tentu semua akan bahagia.
Bantu-membantu amalan suci,
Orang yang susah perlu difikiri,
Jangan sombong jangan dengki,
Kelak kita akan dihormati.
Kalau berkawan biar setia,
Semasa senang kita bersama,
Kita susah kita pun ada,
Tentu kekal setiap masa.
Disediakan oleh,
P.Kirtika..










No comments:
Post a Comment