SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini berasal daripada kelas aliran Melayu, Sekolah
nengah Sultanah Asma. Pada 12 Januari 1964, sekolah ini diasingkan pentadbirannya tetapi terus menumpang bangunan Sekolah Menengah Sultanah Asma. Sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan dan merupakan sekolah menengah kebangsaan untuk pelajar-pelajar perempuan yang pertama di negeri Kedah.
Bilangan pelajarnya pada masa itu berjumlah 625 orang dengan 26 orang guru dan 17 bilik darjah. SMK Perempuan (SMKP) berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Day (Jalan Sultanah) pada 25 September 1966. Bangunan baru ini terdiri daripada 3 buah bangunan (Blok A, B, C) yang menempatkan 16 buah bilik darjah, 2 makmal sains dan beberapa bilik khas bagi mata pelajaran Masakan, Jahitan, Lukisan Ilmu Alam dan alat pandang dengar.
Satu bangunan asrama bagi menampung 100 orang pelajar juga disediakan. Pada tahun 1968 pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak mula ditempatkan di sekolah ini. Pada 1969, KDYMM Sultan Kedah telah berkenan merasmikan pembukaan sekolah yang bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah. Dua buah bangunan baru iaitu Blok D dan E siap dibina pada tahun 1970. bangunan baru ini menempatkan 8 buah bilik darjah, 2 Makmal Sains, 2 bilik Ilmu Tadbir Rumahtangga dan perpustakaan.
Pada tahun 1976, mata pelajaran Seni Rumah Tangga, Perdagangan dan Prinsip Akaun mula diperkenalkan dan pelajar-pelajar mula mengambil mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan SPM 1977. Mata pelajaran Sains Tulen diperkenalkan dalam tahun 1977. Dalam tahun yang sama sekolah mula mendaftar calon-calon bagi peperiksaan Sijil Perdagangan Malaysia.
Untuk menampung keperluan pelajar yang semakin meningkat sebuah bangunan baru (Blok F) telah didirikan pada tahun 1980. Bangunan ini menyediakan 3 buah makmal Sains Tulen. Dalam tahun yang sama, dua kelas Rancangan Khas pula telah dibuka. Seramai 70 orang pelajar dari seluruh negeri Kedah telah dipilih berdasarkan keputusan UPSR mereka.
Pada tahun 1981, sempena Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah, KYDMM Sultan Kedah telah berkenan merasmikan bangunan baru (Blok F) yang telah siap dibina. Berbagai-bagai perubahan dan pengubahsuaian terus berlaku di bawah kepimpinan beberapa orang pengetua. Antaranya ialah pembinaan ‘Surau Sultanah Bahiyah’ yang dirasmikan pembukaannya oleh YB Dato’ Hj Azizan Hj. Taib pada 7 Jun 1990.
Sejajar dengan peningkatan bilangan pelajar di sekolah ini, satu blok tambahan (Blok G) telah dibina dan pada tahun 1996, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah telah dirasmikan setelah siap pembinaannya yang dimulakan pada tahun 1995. perasmian dewan ini telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
Dalam era teknologi tinggi masa kini, Kementerian Pendidikan telah membina sebuah makmal teknologi maklumat yang lengkap di sekolah ini. Dengan adanya makmal ini, pelajar-pelajar sekolah ini dapat mengikuti pembelajaran berkualiti yang disalurkan melalui program pendidikan interaktif dan multimedia.
Sekolah ini sentiasa mengambil inisiatif ke arah mempersiapkan pendidikan pelajar-pelajar sekolah untuk membentuk dan melahirkan generasi berkualiti yang mampu membawa negara ke era kegemilangan alaf ini. Usaha-usaha ke arah kecemerlangan dengan adanya Visi dan Misi yang cemerlang akan menjadikan SMKSB sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang unggul.
SEJARAH ASRAMA SMKSB
Seramai 100 orang puteri sekolah ini telah menjadi penghuni asrama apabila bangunan baru yang direka cipta oleh arkitek daripada Kumpulan Keamanan Amerika siap dibina pada tahun 1966. Terdapat 2 blok asrama sekolah ini yang dapat menampung 300 orang puteri. Berdasarkan prestasi cemerlang sekolah ini, pada tahun 1968 Yayasan Sabah telah mula menghantar kumpulan muridnya untuk tinggal di asrama dan belajar di sekolah ini.Pada 16 Julai 1969, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah telah perkenan untuk menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah sempena pembukaan rasmi sekolah. Berkat kepimpinan pentadbir sekolah dan warden asrama, asrama sekolah ini terkenal di seluruh negara dengan pelbagai anugerah yang berjaya diraih.
(read less)SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini berasal daripada kelas aliran Melayu, Sekolah
nengah Sultanah Asma. Pada 12 Januari 1964, sekolah ini diasingkan pentadbirannya tetapi terus menumpang bangunan Sekolah Menengah Sultanah Asma. Sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan dan merupakan sekolah menengah kebangsaan untuk pelajar-pelajar perempuan yang pertama di negeri Kedah.
Bilangan pelajarnya pada masa itu berjumlah 625 orang dengan 26 orang guru dan 17 bilik darjah....
(read more)
No comments:
Post a Comment